• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Bimbang Kemerosotan Kebebasan Media, Gesa Sekatan Kandungan Tidak Disalah Guna

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen BN Bimbang Kemerosotan Kebebasan Media, Gesa Sekatan Kandungan Tidak Disalah Guna
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kebebasan media di Malaysia, selain mengingatkan kerajaan supaya tidak menyalahgunakan undang-undang keselamatan dalam talian untuk menyekat kritikan politik dan suara rakyat.

Pendirian itu dinyatakan menerusi kenyataan media yang dibacakan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib di Parlimen hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, BN memandang serius dakwaan sekatan kandungan secara unilateral dan amalan sekatan algoritma atau shadow ban terhadap suara kritis dalam ekosistem digital negara.

BN membangkitkan laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 Reporters Without Borders (RSF) yang menurut kenyataan itu menunjukkan Malaysia merosot tujuh anak tangga ke kedudukan ke-95 daripada 180 negara.

Kenyataan itu turut memetik skor 40.28 mata bagi penunjuk ekonomi media dan 43.00 mata bagi konteks politik sebagai petunjuk perlunya mekanisme semak dan imbang yang lebih menyeluruh.

Selain itu, BN merujuk laporan platform digital termasuk TikTok yang merekodkan Malaysia antara negara dengan permintaan penurunan kandungan yang tinggi bagi tempoh selepas 2023 hingga pertengahan 2024.

Bagaimanapun, BN menegaskan sokongan terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membanteras penipuan kewangan, pornografi serta perjudian haram dalam talian.

Namun, tindakan terhadap kandungan jenayah mesti dibezakan secara jelas daripada kritikan politik dan perbahasan dasar yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen BN turut menggesa supaya penurunan kandungan tanpa melalui proses mahkamah sivil diminimumkan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa eksekutif.

“BN tidak akan sesekali berkompromi dalam mempertahankan kestabilan digital dan keselamatan siber rakyat.

“Bagaimanapun, agenda keselamatan awam sama sekali tidak boleh disalahgunakan sebagai topeng perundangan atau lesen eksekutif untuk menekan amalan demokrasi yang matang, membunuh kebebasan media akhbar atau memadamkan suara semak-imbang kritikal di Malaysia,” menurut kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: ahli parlimen BNBimbanggesakebebasan mediakemerosotanSekatan KandunganTidak Disalah Guna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kerajaan Madani mengeluarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia kerana mendakwa...

Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze

Guan Eng Gesa Anwar Hentikan Penggunaan TuJu, Cari Alternatif Waze

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan penggunaan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd