• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Tomoi Dipenjara Lapan Tahun

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang jurulatih tinju tomoi dan peniaga masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah melarikan seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan bogel di tepi Lebuhraya Duke berhampiran Setiawangsa, tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir di akhir kes pendakwaan, menggunakan budi bicara mahkamah mengubah pertuduhan menculik yang membawa hukuman mati kepada pertuduhan melarikan secara salah serta mendatangkan kecederaan parah mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan.

Akhtar dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan Mohd Mazli Sazeli, 27, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 28, ada meminta wang tebusan daripada mangsa, Ng Mun Tatt ataupun keluarganya.

Sebaliknya, Akhtar berkata bukti yang dikemukakan di mahkamah adalah mangsa dilarikan disebabkan dia menghina agama Islam.

Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 16 Julai tahun lepas.

Mohd Mazli dan Agus Hariyanto mengaku bersalah, dan berdasarkan Seksyen 367 Kanun Keseksaan itu, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Sementara itu, dua rakan mereka Mohamed Asri Mohamad Jamil, 23, seorang juruteknik dan Zulkarnain Abdul Rahmad, 30, seorang penyelenggara bangunan dibebaskan daripada tuduhan menculik.

Akhtar berkata tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan pertuduhan tersebut serta percanggahan yang ketara dalam keterangan antara mangsa dan saksi lain.

Kesemua mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1972 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh disebat.

Mereka dituduh melarikan penganggur itu di Restoran Muneer, No.1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini pada 4.30 pagi, 15 Julai tahun lepas.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal mewakili kesemua tertuduh, sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie. – BERNAMA

Tags: JenayahPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd