• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang BN, PH Bergabung Di Perak

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Cadang BN, PH Bergabung Di Perak
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) dicadangkan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri yang stabil demi masa depan rakyat berbilang kaum di Perak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Norali Nordin berkata, menerusi kerjasama itu juga dilihat mampu meredakan ketegangan politik yang sedang dihadapi pasca PRU15.

Menurutnya, perkara itu amat penting memandangkan ekonomi dunia dijangka melalui kelembapan dalam tempoh waktu dua tahun bermula suku keempat 2022.

“Maka pihak kerajaan negeri dilihat perlu membuat perancangan awal bagi mengurangkan impak ekonomi yang dijangka menguncup secara langsung kepada rakyat Perak.

“Sebuah kerajaan negeri yang stabil dengan memperlihatkan komposisi kaum rakyat Perak dijangka mampu menarik pelabur asing yang tinggi ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, BN dan PH di Perak perlu bersemuka bagi mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini.

Sementara itu, Norali menggesa BN membersihkan parti mereka daripada imej buruk yang sedang mereka hadapi.

Menurutnya, begitu juga di pihak PH yang perlu menghilangkan elemen cauvinis di dalam parti mereka bagi membolehkan kerjasama tersebut menjadi kenyataan.

Kerajaan negeri Perak tidak dapat ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tiada mana-mana gabungan parti yang memperoleh majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perikatan Nasional (PN) memiliki jumlah kerusi DUN paling besar iaitu 26 kerusi diikuti Pakatan Harapan dengan 24 kerusi manakala BN pula hanya memenangi sembilan kerusi.

-Sinar Harian

Tags: BergabungBNPerakPH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa masyarakat Cina berhenti mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd