• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Kemenangan 9 Kerusi Parlimen Di Johor Memeranjatkan – Hasni

oleh Mohd Arshad
20/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
[TIDAK RASMI] Hasni Mendahului Di Simpang Renggam
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG : Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) Johor yang hanya memenangi sembilan kerusi Parlimen adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata pihaknya amat menghargai dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Beliau berkata, BN Johor yakin dan percaya bahawa dalam keadaan di mana tidak satu parti pun boleh secara bersendirian menubuhkan kerajaan.

“Ini bererti bahawa Presiden UMNO tentunya Pengerusi BN akan mengambil tanggungjawab atas keadaan yang kita hadapi pada hari ini.

“Dan tentu kita berharap bahawa satu kerajaan akhirnya akan dapat dibentuk supaya kita akan terus dapat memastikan masa depan rakyat di negara kita terus dapat menjalankan kehidupan seharian.

“Sebagai kerajaan haruslah bersedia untuk mencari jalan untuk membantu,” katanya pada sidang media di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), di sini malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, faktor kekalahan BN adalah disebabkan kehilangan sokongan majoriti kaum bukan Melayu, selain pengundi muda yang pertama kali mengundi.

“Saya dapati bahawa kalau di Simpang Renggam ini saluran anak muda pertama kali mereka mengundi cenderung untuk menyokong selain daripada BN, jadi kita ambil maklum keadaan itu, dan akan mengubah cara dan kedudukan parti kita dalam masyarakat,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, dalam masa sama mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi pengundi di Simpang Renggam yang memilihnya sebagai wakil rakyat mereka.

Sehingga tengah malam ini, keputusan tak rasmi BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Simpang Renggam, Sembrong, Ayer Hitam, Parit Sulong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Pontian dan Tanjung Piai.

Terdapat 26 kerusi Parlimen di negeri ini dan pada PRU14 lalu Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas sebanyak 18 kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen Mersing yang sebelum ini milik BN sebelum berpindah kepada BERSATU gagal dipertahankan dan masih kekal milik Perikatan Nasional pada PRU15 ini.

Terdahulu, Hasni meraih sebanyak 18,312 undi dengan majoriti 1,821 undi menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari PH yang meraih sebanyak 16,491 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat meraih 9,077 undi dan calon PEJUANG, Kamal Kusmin mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) hilang deposit apabila hanya meraih sebanyak 251 undi.

Terdapat seramai 59,033 pengundi berdaftar di Parlimen Simpang Renggam dengan 72.30 peratus bersamaan 42,160 pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang hari ini.

-Berita Harian

Tags: hasni mohammadJohorkerusi parlimenPRU15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd