• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Diaktifkan – PM

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Diaktifkan – PM
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Kebangsaan dan negeri yang sudah bersiap sedia telah digerakkan bagi berhadapan bencana banjir di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan untuk bersedia melibatkan pihak terbabit seperti polis, bomba dan jawatankuasa bencana di negeri-negeri yang telah pun diaktifkan.

“Beberapa kali saya terangkan, saya pun sudah panggil mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana bencana banjir kebangsaan, cuma kali ini tidak diwakili menteri menteri besar kerana pilihan raya tetapi diwakili semua agensi, wakil kerajaan negeri dan sebagainya.

“Jadi untuk menghadapi monsun yang sebenar (monsun timur laut) seperti saya katakan semua sudah bersedia,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Hari ini beberapa lokasi seperti di kawasan Sri Muda, Bangi, Klang, Sabak Bernam di Selangor selain beberapa tempat di negeri lain dinaiki air susulan hujan lebat.

Berdasarkan laporan di Selangor, seramai 719 mangsa daripada 175 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Ismail Sabri, fokus kepada gerak kerja pengurusan banjir adalah lebih melibatkan jawatankuasa pengurusan banjir negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan jawatankuasa pengurusan banjir daerah dipengerusikan pegawai daerah.

“Mereka semua saya kira bersedia cuma setakat ini alhamdulillah masih lagi banjir kilat walaupun monsun timur laut sudah bermula.

“Jadi kita berdoa agar tidak berlaku banjir besar dan setakat hari ini belum lagi walaupun di rantau panjang ada berlaku banjir tetapi cuma dianggap banjir kilat lagi,”ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: BanjirJawatankuasa Pengurusan Bencana Banjirpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd