• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Harap Kuota Penuh 31,600 Jemaah Haji Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
08/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
2
TH Harap Kuota Penuh 31,600 Jemaah Haji Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengharapkan Malaysia diberikan kuota penuh iaitu seramai 31,600 orang jemaah haji pada musim hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, musim haji 1443H tahun ini, Malaysia hanya diberikan kuota seramai 14,306 orang sahaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Jumlah tersebut adalah 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima oleh negara Malaysia pada musim haji terdahulu.

“Bilangan jemaah haji untuk musim haji 1444H diharapkan akan mendapat kuota penuh seramai 31,600 orang berbanding hanya 14,306 orang sahaja pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, TH juga menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) kali ke-39 untuk membincangkan isu berkaitan bimbingan serta hukum-hakam ibadat haji yang timbul semasa musim haji 1443H lalu.

Muzakarah Haji yang bertemakan ‘Akidah Sejahtera Asas Kemabruran Haji’ akan berlangsung selama tiga hari bermula dari semalam sehingga 9 November 2022.

Menurut Azman, MHPK kali ini bertujuan mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah selain memberi peluang kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan ilmuan agama berkongsi ilmu serta pengalaman menetapkan keseragaman hukum-hakam.

“MHPK dapat meningkatkan lagi keberkesanan bimbingan ibadat haji kepada bakal-bakal haji termasuk menambahbaik modul kursus haji serta penerbitan dihasilkan demi kepentingan umat Islam Malaysia semasa melaksanakan ibadat di tanah suci.

“Semua resolusi yang akan dihasilkan daripada Muzakarah ini diharap akan benar-benar difahami oleh para PEKTA dan disampaikan kepada semua bakal haji dengan sejelas- jelasnya semasa kursus-kursus haji,” katanya.

Tambahnya lagi, MHPK ke-39 ini juga akan dapat menyelaraskan kefahaman bersama ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji bagi persediaan untuk penyampaian lebih berkesan kepada bakal-bakal haji dan umat Islam negara tentang konsep, pengertian istito’ah secara mudah dan berterusan,” ujarnya.

Sementara itu, Azman berkata, sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji 1443H (Post-Mortem) dan Kelas Intensif Tafaqquh Haji dan Umrah bagi PEKTA juga telah dijalankan di seluruh negara pada bulan Oktober lalu.

“Kursus Asas Haji 1444H dijadualkan bermula pada 25 November 2022 secara bersemuka di 218 masjid-masjid terpilih selepas selesainya MPHK,” jelasnya.

Pada masa sama, tambahnya, TH sedang merancang untuk menganjurkan Kursus Intensif Haji pada Februari 2023 dan seterusnya Kursus Perdana Haji dalam bulan Syawal sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci.

-Kosmo Online

Tags: Hajikuota hajiTH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd