• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ke Tanah Suci Tunai Nazar 28 September Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadat haji pada 28 Sept ini untuk menunaikan nazarnya sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas.

Muhyiddin akan berangkat pada sebelah petang Ahad ini, bersama isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, empat orang anaknya dan dua lagi anggota keluarga yang lain.

“Ibadah yang wajib telah saya sempurnakan 31 tahun yang lepas. Ibadah sunnah ini menjadi wajib untuk saya tunaikan kerana saya bernazar menunaikan ibadah haji bersama keluarga sekiranya BN memenangi pilihan raya umum,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil dan doa selamat sempena meraikan beliau bakal ke tanah suci di Masjid Jamek Kampung Jawa, Lenga, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim.

Selepas itu, beliau turut sama menunaikan solat Zohor bersama kira-kira 300 lagi jemaah yang diimamkan Kadi Daerah Muar Dzulkafle Mohamed.

Muhyiddin dijangka tiba di tanah air pada 10 Oktober. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

Presiden PAS Ziarah Pusara Tun Dr Siti Hasmah

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sambil...

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd