• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ke Tanah Suci Tunai Nazar 28 September Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadat haji pada 28 Sept ini untuk menunaikan nazarnya sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas.

Muhyiddin akan berangkat pada sebelah petang Ahad ini, bersama isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, empat orang anaknya dan dua lagi anggota keluarga yang lain.

“Ibadah yang wajib telah saya sempurnakan 31 tahun yang lepas. Ibadah sunnah ini menjadi wajib untuk saya tunaikan kerana saya bernazar menunaikan ibadah haji bersama keluarga sekiranya BN memenangi pilihan raya umum,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil dan doa selamat sempena meraikan beliau bakal ke tanah suci di Masjid Jamek Kampung Jawa, Lenga, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim.

Selepas itu, beliau turut sama menunaikan solat Zohor bersama kira-kira 300 lagi jemaah yang diimamkan Kadi Daerah Muar Dzulkafle Mohamed.

Muhyiddin dijangka tiba di tanah air pada 10 Oktober. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan

Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan

21/11/2026
0

SEREMBAN - Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menegaskan pendirian terkini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar...

Ada Merit Untuk Dedahkan Minit Mesyuarat Pengampunan Anwar – Azrul

Ada Merit Untuk Dedahkan Minit Mesyuarat Pengampunan Anwar – Azrul

21/11/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan berpandangan terdapat merit dalam permintaan supaya minit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.