• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Berdepan Saingan 4 Penjuru

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Berdepan Saingan 4 Penjuru
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Selangor : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdepan saingan empat penjuru menentang penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tengku Zafrul, 49, kali pertama bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Beliau dicabar penyandang, Dr Dzulkefly yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH), calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Shaid Rosli dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN-PAS).

Mengumumkan pencalonan mereka, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor Rahilah Rahmat berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kesemua borang penamaan yang diserahkan sepanjang proses penamaan berlangsung.

“Saya menyemak kertas penamaan itu dan selepas selesai semakan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya.

“Calon pertama mengemukakan kertas penamaan adalah Mohd Shaid pada jam 9.05 pagi, manakala calon kedua Tengku Zafrul pada jam 9.09 pagi diikuti Mohd Noor pada jam 9.13 pagi dan Dr Dzulkefly pada jam 9.19 pagi,” katanya ketika pengumuman calon Parlimen Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.

Kira-kira 500 penyokong parti yang bertanding berkumpul di pekarangan stadium sejak jam 8 pagi.

Dr Dzulkefly memenangi kerusi itu pada PRU-14 dengan majoriti 8,498 undi sekaligus merampas semula kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU-12.

Beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN) pada PRU-13.

-Harian Metro

Tags: PRU-15Saingan Empat Penjurutengku zafrul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd