• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Pulang Dari Syria Tidak Terus Dianggap Pengganas

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan rakyat Malaysia di Syria yang kembali ke tanah air tidak terus dianggap pengganas tetapi tidak menolak kemungkinan mereka akan ditahan untuk tujuan soal siasat.

Beliau berkata kerajaan tidak bersifat zalim untuk terus melabel semua warganegara yang pulang dari negara itu sebagai terlibat dengan kegiatan militan.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak sekejam atau sezalim itu jika hendak menahan pelajar-pelajar Malaysia yang dibiayai oleh ibu bapa atau sumber-sumber lain.

“Apa yang kita lakukan, bukanlah untuk terus hukum, kita akan soal siasat … jika mereka tidak terlibat kita tidaklah zalim nak tahan mereka dalam jangka masa panjang.

“Apa yang yang dikhuatiri adalah apabila bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), KMM (Kumpulan Militan Malaysia) atau JI (Jemaah Islamiyah) yang ke sana bukan untuk memperolehi ilmu dalam IPT (institut pengajian tinggi) tetapi ilmu peperangan ala gerila,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Johari bertanya adakah benar KDN akan menahan pelajar-pelajar persendirian yang berada di Syria sekiranya mereka kembali ke negara ini sehingga menyebabkan mereka takut untuk kembali ke tanah air walaupun telah mendapat notis daripada kerajaan selepas tercetus konflik di negara berkenaan.

Menurut Ahmad Zahid, masih terdapat 63 orang rakyat Malaysia di Syria termasuk empat kanak-kanak, lapan wanita berusia antara 11 hingga hingga 31 tahun dan 51 orang lelaki dewasa berusia sehingga 60 tahun.

Menjawab soalan asal Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), yang mahu tahu persiapan kerajaan untuk menangani ancaman IS dan keganasan, Ahmad Zahid berkata kerajaan telah membuat persiapan dan perancangan amat rapi bagi penugasan setiap anggota polis di dalam sesuatu operasi bagi menangani ancaman itu.

“Kerajaan yakin dengan bajet dan kekuatan yang ada dalam pasukan polis mampu untuk membendung serta menyekat kegiatan kumpulan ini agar tidak terus berleluasa,” katanya.

Katanya setiap anggota polis telah dilatih sepenuhnya untuk menjalankan tugas-tugas kepolisan termasuklah memantau semua media-media sosial yang menjadi platform kepada kumpulan pengganas untuk menggerakkan kegiatan mereka. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=nRMP4kvq98k

Tags: pengganasrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd