• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WARISAN Pertaruh 26 Calon Termasuk Tee Keat

oleh Mohd Arshad
01/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
WARISAN Pertaruh 26 Calon Termasuk Tee Keat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Parti Warisan (Warisan) mengumumkan untuk meletakkan sebanyak 26 calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) dengan mempertaruhkan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat sebagai senjata menperoleh kemenangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Selain Tee Keat, Warisan turut mengumumkan bekas ahli DAP dan PKR, Wee Choo Keong yang akan bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal berkata, selain bekas menteri dan bekas presiden parti, Warisan turut mempertaruhkan tokoh-tokoh lain yang berkelulusan tinggi, mempunyai pengalaman luas dalam pebagai bidang seperti kedoktoran, konsultasi dan sebagainya yang mampu membawa suara rakyat di Parlimen supaya negara sentiasa berada di landasan yang betul.

Malah, beliau yakin Warisan mempunyai pengalaman yang luas dan bijak menilai kawasan yang dipertaruhkan walaupun ada yang mempertikaikan tindakan itu apabila tidak meletakkan calon di kawasan yang mempunyai wakil Gerakan Tanah Air (GTA).

“Warisan ada hak untuk menilih mana nak bertanding dan mempunyai strategik untuk menang. Bahkan, kita letak calon di Kedah tetapi ada lagi beberapa nama yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Warisan Kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Mohd Shafie kekal dengan keputusan untuk parti bergerak solo, namun akan mempertimbangkan untuk bergabung atas permintaan rakyat.

“Sekiranya Warisan tidak menang 26 kerusi pada PRU15 tetapi kita masih boleh bentuk kerajaan atas mandat rakyat,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: CalonPRU-15Tee Keatwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Sing Phing tak suka orang menipu. Geng sebelah sana taruh fitnah macam-macam" Demikian ulasan aktivis politik dari...

Jangan Undi Calon Sokong Rumah Ibadat Haram – Firdaus Wong

Jangan Undi Calon Sokong Rumah Ibadat Haram – Firdaus Wong

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pendakwah dan penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menggesa rakyat Johor tidak mengundi calon yang menyokong pencerobohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd