• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Bakal Jadi Beban Kepada PH, MUDA

oleh AK-47
28/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Syed Saddiq Bakal Jadi Beban Kepada PH, MUDA
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat isu mahkamah yang menyelubungi Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempengaruhi kempen parti itu dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penganalisis politik merangkap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, kes mahkamah itu sedikit sebanyak pasti akan mencalar imejnya dan parti walaupun kes tersebut masih belum muktamad.

Katanya, isu tersebut dibimbangi akan menyebabkan pengundi muda melihat Syed Saddiq sebagai pemimpin yang turut dipalit isu rasuah.

“Syed Saddiq selama ini dilihat sentiasa membawa isu tadbir urus yang baik dan antirasuah, namun beliau juga dipanggil ke mahkamah berkenaan isu ini.

“Apapun rakyat dan pengundi perlu bersikap adil terhadap beliau kerana kes ini belum muktamad. Beliau masih ada peluang membersihkan imejnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Syed Saddiq yang juga penyandang Ahli Parlimen Muar diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, kes yang menimpa Syed Saddiq ini akan menjadi ‘peluru’ dan modal kempen kepada lawan politiknya.

“Isu ini akan menjadi beban kepada Syed Saddiq, Muda dan PH. Beliau adalah tokoh kepada orang muda dan platform kepada kemasalahan golongan ini.

“Jika seperti Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, beberapa pemimpin mengambil keputusan tidak bertanding kerana terlibat dengan kes di mahkamah. Tapi dalam isu Syed Saddiq ini, mungkin dia akan tetap bertanding,” katanya.

Kata Mujibu lagi, Syed Saddiq mungkin juga boleh menggunakan kes ini sebagai modal berkempen.

“Mungkin beliau akan menggunakan alas an ‘play victim’ (jadi mangsa), teraniaya dan macam-macam lagi untuk meraih simpati,” katanya.

Syed Saddiq, berdepan empat tuduhan, yang pertama didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020 dan dituduh mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, di antara 8 hingga 21 April 2018 dan dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, hasil aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.

-Sinar Harian

Tags: BebanmudaPHSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Beranak Maut Selepas Rempuh Lori Baiki Jalan

Next Post

PRU15: PN Tanding Tiga Perempat Kerusi Parlimen

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Next Post
PRU15: PN Tanding Tiga Perempat Kerusi Parlimen

PRU15: PN Tanding Tiga Perempat Kerusi Parlimen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd