• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Adam Kekal Dipenjara Sebulan

oleh Mohd Arshad
26/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lokman Adam Kekal Dipenjara Sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan, hari ini, memutuskan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, kekal dipenjara sebulan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi, tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman, selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan pasukan peguam Lokman, supaya hukuman penjara itu ditangguh sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam bela Lokman, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini, atas alasan kes berbangkit bermerit dan wujud persoalan undang-undang.

Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan, secara sebulat suara membuat keputusan itu selepas Mahkamah Tinggi didapati tidak membuat kesilapan apabila menjatuhkan hukuman berkenaan.

Che Mohd Ruzima berkata, ia berikutan dapatan yang diperoleh melalui laporan polis dan kenyataan media dikeluarkan Lokman, membabitkan perbicaraan berkenaan.

“Hasil penelitian terhadap laporan polis itu, ia boleh diklasifikasi di bawah Seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah. Cumanya ayat pada akhir laporan itu yang memerlukan perhatian.

“Ayat itu berbunyi adalah tidak masuk akal Najib orang yang teraniaya akibat nama digunakan oleh manusia-manusia durjana didakwa cuai, sedangkan mereka memperoleh manfaat daripada kelakuan jenayah kini bebas serta tidak didakwa.

“Bagi kami, perkataan manusia durjana dan memperoleh manfaat daripada kelakuan jenayah, bebas serta tidak didakwa sudah tentu merujuk kepada Datuk Amhari Efendi Nazaruddin (saksi yang juga bekas pegawai khas Najib).

“Bagi kenyataan media pula, perayu (Lokman) mengemuka ulasan dan komen mengenai perbicaraan SRC International Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan menyebut beberapa individu, termasuk Amhari dan saksi lain dalam bentuk amaran,” katanya.

Akhir bulan lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Dusuki Mokhtar, berkata tempoh penjara sebulan terhadap Lokman, tidak memadai bagi melindungi integriti sistem kehakiman dan memberi pengajaran kepada orang awam.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan hukuman penjara minimum tiga bulan sebagai indikasi tiada toleransi diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menghina mahkamah.

Muhammad Shafee turut memohon anak guamnya tidak dipenjara, sebaliknya memadai sekadar didenda maksimum RM2,000.

Pada 15 Julai tahun lalu, Hakim Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tindakan Lokman membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, menjurus kepada intimidasi dan ancaman serta menghina mahkamah.

Mengenai rayuan kedua-dua pihak terhadap hukuman penjara itu, Che Mohd Ruzima berkata, tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan ‘mengusik’ keputusan dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Kedua-dua rayuan itu tiada merit. Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu berdasarkan pertimbangan serius, kepentingan awam dan faktor sampingan berkaitan.

“Kami sebulat suara bersetuju hukuman penjara itu adalah wajar dan munasabah. Mahkamah rayuan menolak kedua-dua rayuan itu, maka keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Lokman AdamPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Cuba Makan Muruku Cicah Budu – Lokman Adam

PAS Cuba Makan Muruku Cicah Budu – Lokman Adam

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Nampak gaya cubaan PAS untuk makan muruku cicah budu di Hari Raya Aidilfitri tidak berjaya"...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd