• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Nafi Ada Rakaman CCTV Tragedi Rempuhan Stadium Kanjuruhan Dipadam

oleh Mohd Arshad
22/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Indonesia Nafi Ada Rakaman CCTV Tragedi Rempuhan Stadium Kanjuruhan Dipadam
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas) Indonesia menafikan dakwaan bahawa ada rakaman litar televisyen tertutup (CCTV) yang dipadam dengan sengaja bagi menyembunyikan suspek di sebalik insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Pesuruhjaya Komnas, M. Choirul Anam, pihaknya masih menyiasat tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan yang mengorbankan 134 mangsa.

Berdasarkan hasil siasatan sementara, didapati tiada rakaman cctv yang dipadamkan seperti mana didakwa sesetengah pihak.

Ia disahkan selepas siasatan mendalam ke atas juruteknik bertugas pada hari kejadian dan Jabatan Belia dan Sukan (Dispora) Kabupaten Malang.

“Setakat ini, semua rakaman CCTV yang kami perlu disediakan dan tiada yang dipadamkan atau hilang dengan misteri,”

Walaupun tiada rakaman yang dipadamkan, Anam berkata terdapat masalah teknikal pada 16 titik CCTV yang menghala ke lokasi parkir yang dipanggil kosong atau tiada rakaman.

“Dikatakan memang ada masalah teknikal berkaitan kamera, ada pertukaran kamera sejak Jumaat oleh juruteknik tetapi tetapan CCTV belum selesai sehingga hari perlawanan,” jelasnya.

Anam mengakui maklumat mengenai masalah teknikal dalam tetapan CCTV diperoleh daripada kesan penukaran alamat IP yang telah dijelaskan oleh juruteknik Dispora.

-Kosmo Online

Tags: Indonesiarakaman cctvTragedi Rempuhan Stadium Kanjuruhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd