• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Khairy Dapat Kerusi Tidak Selamat?

oleh Mohd Arshad
21/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Khairy Dapat Kerusi Tidak Selamat?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memberitahu, beliau pasti akan dihantar bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi oleh parti pembangkang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu malah menambah, dalam perbincangan dengan pucuk kepemimpinan, beliau juga hampir pasti tidak akan dapat kerusi yang dianggap selamat.

“Saya terima cabaran bertanding di kerusi yang berkenaan demi parti bagi menggalas tanggungjawab untuk pergi bersaing di kawasan yang kalah.

“Kita semua kena memainkan peranan untuk parti. Kalau semua pergi ke kawasan selamat, kita tidak akan membawa agenda parti secara meluas.

“Kena ada yang sanggup bertanding di kawasan yang sebelum ini mungkin tidak pernah menang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerusi tersebut merupakan kerusi di Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin bagaimanapun enggan mengesahkan.

Beliau menjelaskan, belum ada keputusan muktamad dibuat oleh pucuk pimpinan yang masih melakukan penilaian lebih terperinci.

“Susah nak kata. bukan satu (kerusi sahaja) tetapi dua atau tiga kawasan yang sedang dipertimbangkan. Saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan,” ujarnya lagi.

Khairy Jamaluddin yang lebih mesra dikenali sebagai KJ sebelum ini dilaporkan berkata, beliau terbuka bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sama ada di Negeri Sembilan mahupun Lembah Klang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia selepas beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan yang telah dirinya memberikan khidmat selama tiga penggal.

Sebelum ini beberapa kerusi Parlimen di Negeri Sembilan disebut-sebut akan ditandingi oleh Khairy Jamaluddin antaranya Parlimen Tampin, Kuala Pilah dan Port Dickson.

Barisan Nasional (BN) tewas di ketiga-tiga kerusi tersebut pada pilihan raya umum yang lalu.

Di Parlimen Port Dickson yang dahulunya pernah dikenali sebagai Telok Kemang sudah beberapa kali dimenangi oleh calon pembangkang.

Ia sebelum ini diduduki oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semalam telah memutuskan untuk bertanding pula di Parlimen Tambun di Perak.

Antara yang disebut-sebut bakal menggantikan dirinya sebagai calon mewakili PH di kerusi itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Cabang PKR Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun.

-Kosmo Online

Tags: kerusiKJPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Sungai Buloh menyatakan kesediaan untuk menerima semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd