• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Cadang Pengadu Buat Laporan Polis Di Sabah’ – Saksi

oleh Mohd Arshad
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Cadang Pengadu Buat Laporan Polis Di Sabah’ – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM : Pakar motivasi yang juga saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew, memaklumkan dirinya ada mencadangkan supaya pengadu wanita kes itu membuat laporan polis di Sabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Mohd Fairuz Abu, menyatakan keputusan membuat laporan polis di Bukit Aman adalah pilihan pengadu sendiri selepas membuat perbincangan dengan suaminya.

“Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suami sebabnya seperti yang saya sebutkan semalam.

“Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.

“Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat ‘report'(laporan polis),” katanya ketika prosiding hari kedua berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah itu.

Mohd Fairuz berkata demikian menjawab soalan peguam, Ram Sigh, pada sesi pemeriksaan balas, di sini, hari ini.

Perbicaraan bagi sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual dihadapi Ebit ditangguh 12.30 tengah hari tadi dan disambung semula jam 2.30 petang.

Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom kira-kira jam 10.15 pagi dengan menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser warna hitam, selain diiringi beberapa kenderaan lain.

Ebit menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita tahun dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Tags: Kes Ebit Lewlaporan polisPengadusaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

25/06/2026
0

SEGAMAT - UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses...

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Puad Zarkashi

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd