JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menzahirkan ucapan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.
Ucapan tersebut dizahirkan baginda menerusi hantaran di laman media sosial HRH Crown Prince of Johor yang turut memaparkan potret rasmi Sultan Ibrahim lengkap berpakaian istiadat.
“Allah Peliharakan Sultan. Daulat Tuanku,” titah baginda menerusi hantaran berkenaan.
Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim pada tahun ini jatuh pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448 Hijrah.
Hantaran itu turut memaparkan ucapan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta ucapan selamat kepada Seri Paduka Baginda sempena hari keputeraan tersebut. – MYNEWSHUB


