• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Tawar 11,888 Tempat Duduk Tambahan Sempena Deepavali 2026

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KTMB Tawar 11,888 Tempat Duduk Tambahan Sempena Deepavali 2026
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan sebanyak 11,888 tempat duduk tambahan menerusi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan EMUPlus sempena sambutan Deepavali 2026 bagi memenuhi peningkatan permintaan perjalanan penumpang.

Menurut KTMB dalam kenyataan hari ini, perkhidmatan tambahan itu melibatkan laluan Padang Besar–KL Sentral–Padang Besar, JB Sentral–KL Sentral–JB Sentral serta Bandar Tasek Selatan–Ipoh–Klang dan sebaliknya.

Bagi laluan Padang Besar–KL Sentral–Padang Besar, sebanyak 3,160 tempat duduk tambahan disediakan menerusi dua perkhidmatan ETS setiap hari dari 5 hingga 9 November ini, termasuk kemudahan koc kelas perniagaan.

Penjualan tiket bagi laluan berkenaan akan dibuka esok, 27 Oktober, mulai jam 12 tengah hari.

Sementara itu, sebanyak 5,056 tempat duduk tambahan ditawarkan bagi laluan JB Sentral–KL Sentral–JB Sentral menerusi empat perkhidmatan ETS setiap hari dari 6 hingga 9 November.

Tiket bagi laluan tersebut telah mula dijual sejak 7 September lalu.

Selain ETS, KTMB turut menyediakan 3,672 tempat duduk tambahan menerusi perkhidmatan EMUPlus bagi laluan Bandar Tasek Selatan–Ipoh–Klang dan sebaliknya pada tarikh tertentu antara 5 hingga 9 November.

Penjualan tiket EMUPlus juga akan dibuka pada 27 Oktober, mulai pukul 12 tengah hari.

Menurut KTMB, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat meningkatkan kapasiti pengangkutan rel, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan perjalanan antara bandar.

Penumpang boleh membeli tiket melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style atau laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my.

KTMB turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan dan membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan pembelian pada saat akhir.

Penumpang juga diingatkan supaya tiba di stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perjalanan kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang KTMB atau Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200. – MYNEWSHUB

Tags: 11888Deepavali 2026KTMBSempenaTambahanTawarTempat Duduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada penumpang susulan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan ETS dan KTM...

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

Johor Lulus Tambahan RM47.13 Juta Bantuan Kasih Johor Fasa 4

28/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM47.13 juta bagi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd