• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pelatih Akademi JDT Terima Diploma Sukan Dan Kecergasan UTM

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tiga Pelatih Akademi JDT Terima Diploma Sukan Dan Kecergasan UTM
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga pelatih Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menerima Diploma Sukan dan Kecergasan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena Majlis Konvokesyen ke-70 universiti itu yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka ialah Muhammad Haiqal Khairuddin, Muhammad Danish Mohamad Zahir dan Muhammad Izham Zulkifli.

Menurut hantaran Johor Southern Tigers di media sosial, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama antara JDT dan UTM dalam pembangunan pendidikan pemain bola sepak.

Kerjasama itu dimeterai menerusi perjanjian pembangunan pendidikan pemain yang ditandatangani pada tahun 2023.

Melalui perjanjian berkenaan, Program Diploma Sukan dan Kecergasan ditawarkan secara khusus kepada pelatih Akademi JDT bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.

Lebih membanggakan, Muhammad Haiqal turut menerima Anugerah Dekan dan Hadiah Akademi SPACE UTM sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademiknya.

Pengarah Akademi JDT, Javier Jorda turut hadir pada majlis penyampaian tersebut.

Kejayaan ketiga-tiga pelatih berkenaan memperlihatkan hasil kerjasama JDT dan UTM dalam menyediakan peluang pendidikan dan pembangunan dalam sukan bola sepak. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers

Tags: Diploma Sukan Dan KecergasanTerimaTiga Pelatih Akademi JDTUTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hantaran ‘Alhamdulillah’ FB Najib Razak Terima Hampir 100,000 Sokongan Netizen

Hantaran ‘Alhamdulillah’ FB Najib Razak Terima Hampir 100,000 Sokongan Netizen

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran ringkas 'Alhamdulillah' dipercayai di muat naik oleh pentadbir akaun Facebook Najib Razak beberapa hari lalu hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.