• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTAT Tegaskan Pembida Boustead Plantations Dinilai Berdasarkan Kriteria Ditetapkan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
LTAT Tegaskan Pembida Boustead Plantations Dinilai Berdasarkan Kriteria Ditetapkan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menegaskan bahawa proses penilaian pembida bagi cadangan transaksi melibatkan Boustead Plantations Berhad (BPlant) dilaksanakan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan lebih awal, bukannya semata-mata mengambil kira saiz sesebuah syarikat.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, LTAT menjelaskan bahawa setiap aktiviti pelaburan utamanya dilaksanakan melalui proses bidaan kompetitif yang berteraskan integriti, tadbir urus baik serta kepentingan jangka panjang pencarum, khususnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut LTAT, penjelasan itu dibuat susulan laporan media baru-baru ini mengenai cadangan transaksi BPlant bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan memberikan gambaran jelas mengenai proses serta pertimbangan dalam membuat keputusan pelaburan.

LTAT memaklumkan bahawa antara kriteria utama penilaian ialah status pemerbadanan pembida, keupayaan menyempurnakan urus niaga, kesesuaian strategik serta komitmen jangka panjang terhadap pihak berkepentingan.

Katanya, setiap pembida perlu dikenal pasti sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan/atau syarikat Bumiputera, dengan status berkenaan disahkan oleh penasihat pihak ketiga yang bebas.

Hanya syarikat yang memenuhi syarat tersebut dipelawa menyertai proses bidaan.

Selain itu, LTAT turut menilai kemampuan pembiayaan yang terbukti bagi memastikan sesuatu transaksi dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kesesuaian strategik pula dinilai berdasarkan keupayaan dan komitmen setiap pembida, bukan semata-mata berdasarkan saiz syarikat berkenaan.

LTAT menjelaskan bahawa kesinambungan komitmen sedia ada terhadap komuniti Angkatan Tentera turut menjadi sebahagian daripada pertimbangan dalam proses penilaian.

Menurutnya, semua aktiviti pelaburan juga perlu melalui proses kelulusan yang ketat melibatkan Panel Pelaburan, Lembaga Pengarah serta pihak berkuasa kawal selia berkaitan.

Berhubung cadangan transaksi BPlant yang dilaporkan, LTAT mengesahkan bahawa semua pembida merupakan GLC dan/atau syarikat Bumiputera, selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

LTAT menegaskan bahawa penilaian terhadap semua bidaan dilaksanakan melalui proses yang ketat bagi melindungi tadbir urus dan kredibiliti institusi itu.

Bagaimanapun, LTAT memaklumkan bahawa cadangan transaksi tersebut masih tertakluk kepada proses yang sedang berjalan dan belum ada sebarang perjanjian muktamad dimeterai.

Sehubungan itu, LTAT hanya akan membuat pengumuman serta pendedahan lanjut pada masa yang bersesuaian mengikut keperluan.

LTAT turut menegaskan bahawa pihaknya kekal fokus terhadap mandat yang dipertanggungjawabkan dan akan terus membuat keputusan pelaburan secara tegas serta bertanggungjawab dengan sentiasa mengutamakan kepentingan pencarum.

MYNEWSHUB

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

18/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Perancis membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan termasuk perolehan helikopter Combat Search and Rescue (CSAR), sistem...

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

18/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor sekali lagi mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi jumlah pelaburan diluluskan apabila mencatatkan RM99.7 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd