• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Laksanakan Titah Perintah Pengampunan, Siapalah Kamu Untuk Menundanya” – Mohd Fared

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Laksanakan Titah Perintah Pengampunan, Siapalah Kamu Untuk Menundanya” – Mohd Fared
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid menegaskan titah perintah pengampunan perlu dilaksanakan kerana ia sudah melalui proses yang ditetapkan dan dimuktamadkan oleh Lembaga Pengampunan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor berkata, proses keadilan telah berlangsung dan semua pihak seharusnya menghormati serta mematuhi keputusan berkenaan.

“Laksanakan titah perintah pengampunan itu.. ia sudah pun melalui proses yang ditetapkan.. Lembaga Pengampunan juga telah bersidang dan memuktamadkannya.

“Proses keadilan telah pun berlangsung.. hormatilah dan penuhilah. Siapalah kamu untuk menundanya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Mohd Fared berkata, kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif eksklusif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, peruntukan itu memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi kesalahan yang dibicarakan mahkamah tentera serta kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Raja atau Yang di-Pertua Negeri pula mempunyai kuasa pengampunan dalam bidang kuasa negeri masing-masing.

Beliau menegaskan, apabila perintah pengampunan sudah dimuktamadkan, semua pihak tertakluk untuk mematuhinya tanpa sebarang penangguhan.

“Sebarang tindakan yang menjurus kepada menunda atau menangguhkannya, adalah suatu keingkaran terhadap titah Ke Bawah Duli Tuanku,” katanya.

Mohd Fared turut berpandangan tindakan sedemikian mencerminkan hilangnya penghormatan terhadap Keluhuran Perlembagaan dan boleh menjejaskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang.

Beliau mengakhiri hantaran dengan ungkapan, “Justice delayed is justice denied” yang bermaksud “Keadilan yang dilengahkan adalah keadilan yang dinafikan”. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

Tags: LaksanakanMohd FaredPengampunanSiapalah Kamu MenundanyaTitah Perintah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

Tiga Individu Dipenjara 12 Bulan, Johor Tegas Basmi Ajaran Sesat – Mohd Fared

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM5,000 bagi setiap kesalahan...

Pengampunan Bersyarat Najib Bukan Keputusan Unilateral PMX, Kerajaan Pusat

Pengampunan Bersyarat Najib Bukan Keputusan Unilateral PMX, Kerajaan Pusat

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat melalui proses Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd