• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahida Beri Nasihat Tak Perlu Hina Orang Ramai Yang Mahu Bantu Najib, Tak Nak Derma Itu Hak Adik

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Zahida Beri Nasihat Tak Perlu Hina Orang Ramai Yang Mahu Bantu Najib, Tak Nak Derma Itu Hak Adik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarikh Khan menasihati seorang pelajar universiti yang menyifatkan tindakan orang ramai menderma kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai perkara paling bodoh supaya menghormati hak dan pilihan orang lain.

Menerusi hantaran di media sosial, Zahida berkata, seseorang berhak untuk tidak menderma, namun tindakan itu tidak sepatutnya disertai penghinaan terhadap mereka yang memilih untuk menghulurkan sumbangan.

“Adik kalau adik tak nak menderma itu hak adik. Tak ada siapa pun yang paksa. Tapi tak perlu menghina usaha orang lain dengan mengatakan itu perkara paling bodoh.

“Mungkin bagi adik menderma itu satu kebodohan. Tetapi bagi mereka yang memilih untuk menderma, mungkin Dato’ Seri Najib ada jasa tersendiri dalam hidup mereka yang adik sendiri tak pernah tahu atau tak pernah rasai.

“Biarlah mereka menghargai dengan cara mereka. Duit mereka dan hak mereka. Keputusan mereka dan pilihan mereka,” katanya.

Zahida turut mengingatkan bahawa perbezaan pendapat bukan alasan untuk memperlekehkan keputusan orang lain.

“Jangan sampai rasa diri paling betul hingga hilang rasa hormat terhadap pilihan orang lain. Kadang-kadang bukan orang yang menderma itu yang kurang bijak, tetapi orang yang terlalu cepat menghukum tanpa memahami cerita di sebaliknya,” nasihatnya.

Terdahulu, media melaporkan pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit pada sesi dialog anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi menyifatkan tindakan orang ramai menderma bagi membantu Najib membayar denda RM50 juta sebagai perkara paling bodoh pernah dilihatnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahida Zarikh Khan

Tags: Bantu NajibBeri NasihatHina Orang RamaiTak Nak Derma Itu Hak AdikTak PerluZahida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sampai Rakyat Tengah Pening Fikir Harga Barang, Bil Elektrik Rasa Wajib Bantu Najib – Pemimpin PH

Jangan Sampai Rakyat Tengah Pening Fikir Harga Barang, Bil Elektrik Rasa Wajib Bantu Najib – Pemimpin PH

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh mengecam UMNO kerana mewujudkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi...

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

UMNO Lancar Tabung Sumbangan Bantu Najib Lunas Denda RM50 Juta

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan denda berjumlah RM50...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd