• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Harap Tuan Memaafkan Saya’ – Pengguna Media Sosial Mohon Maaf Kepada Akmal Saleh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Saya Harap Tuan Memaafkan Saya’ – Pengguna Media Sosial Mohon Maaf Kepada Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial, Shafii Halid tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan komen yang dibuat terhadap satu hantaran pemimpin itu.

Shafii menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau berharap Muhamad Akmal dapat memaafkannya atas komen berkenaan selepas Ketua Pemuda UMNO itu memberi amaran akan mengemukakan saman.

“Saya Shafii ingin memohon maaf secara terbuka dengan komen yang saya sudah buat pada posting Tuan. Saya harap Tuan memaafkan saya,” katanya.

Shafii turut menjelaskan permohonan maaf itu hanya dibuat pagi ini kerana beliau baru membuka telefon dan mendapati ramai pengguna media sosial telah menandainya dengan kata-kata kesat.

“Maaf sekali lagi sebab baru buat posting memohon maaf pada pagi ini, sebab saya baru buka telefon dan melihat ramai yang tag saya dengan kata-kata yang kesat.

“Sekali lagi saya betul-betul ingin memohon dan saya harap Tuan dapat memaafkan saya,” katanya.

Muhamad Akmal kemudiannya memberi respons terhadap permohonan maaf tersebut dengan berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua pengguna media sosial.

“Moga menjadi pengajaran kepada semua. Nak komen, sila komen dengan fakta bukan dengan sesuka hati buat tuduhan. Jika kita tidak boleh buat baik, jangan hina orang yang buat baik pada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Muhamad Akmal memberi tempoh dua jam kepada Shafii untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendakwa komen individu terbabit menuduhnya mencuri dan menggunakan wang berkenaan untuk membantu orang lain.

Muhamad Akmal berkata, beliau boleh menerima sebarang kritikan dan perbezaan pendapat, namun tidak dapat menerima tuduhan sedemikian yang disifatkannya sebagai penghinaan terhadap dirinya.

Beliau turut memberi amaran akan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya tiada permohonan maaf dibuat dalam tempoh ditetapkan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Shafii Halid/Akmal Saleh

Tags: Kepada Akmal SalehMemaafkan Sayamohon maafPengguna Media SosialSaya HarapTuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan mengakui beliau belum melihat kertas Reformasi Pendidikan yang...

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada penumpang susulan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan ETS dan KTM...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd