• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan mengakui beliau belum melihat kertas Reformasi Pendidikan yang dikemukakan pembangkang, khususnya oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin di Dewan Rakyat yang membangkitkan mengenai dokumen Reformasi Pendidikan yang sebelum ini diserahkan kepada dua kementerian berkaitan dan turut dibahaskan di Parlimen.

“Tetapi saya mohon maaf, saya belum lihat kertas Reformasi Pendidikan. Itu memang dekat dengan jiwa saya. Saya akan minta khas kertas Reformasi Pendidikan yang dibentangkan oleh pihak pembangkang, khususnya Yang Berhormat Indera Mahkota,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak mempertikaikan hasrat serta keprihatinan Saifuddin sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan, malah bersetuju beberapa isu dibangkitkan khususnya berkaitan buli, penderaan dan keselamatan murid perlu diberikan perhatian serius.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan sudah mengambil beberapa langkah termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, penambahan peruntukan RM15 juta tahun depan bagi 1,000 sekolah serta menyediakan 5,107 jawatan guru bimbingan dan kaunseling.

Selain itu, seramai 300 pembantu warden asrama menerusi program MySTEP dilantik, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan kebenaran memasuki sekolah bagi membantu aspek keselamatan.

Anwar berkata, sebanyak 400 warden turut diberikan latihan kemahiran dan sokongan psikososial, selain kuasa disiplin pengetua dan guru besar diperkukuhkan serta boleh diturunkan kepada guru.

Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam menangani beberapa kes sebelum ini dan menegaskan kerajaan perlu belajar daripada kelemahan berkenaan dengan memperketatkan peraturan.

“Urgency harus ada. Ada kelemahan awal, tatkala kita tangani kes Zara dulu. Itu semua diakui. Tetapi kita harus belajar dari kelemahan itu dan perbaiki, perketatkan peraturan,” katanya.

Anwar turut mengingatkan pihak sekolah supaya tidak menyembunyikan kejadian buli atau penderaan semata-mata mahu menjaga imej dan prestasi institusi berkenaan.

Katanya, tindakan sedemikian akhirnya boleh menyebabkan murid menjadi mangsa dan terus berdepan tekanan ketika berada di sekolah.

Terdahulu, Saifuddin berkata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mempunyai kebimbangan sama mengenai isu keselamatan serta pendidikan dan pihak pembangkang telah mengemukakan pandangan melalui dokumen Reformasi Pendidikan yang komprehensif kepada menteri. – MYNEWSHUB

Tags: AkuianwarBelum LihatKertas Reformasi Pendidikanmohon maafpembangkangPMX
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa yang didakwa hampir tidak mengambil tahu...

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd