• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Bank Berkumpul Depan PMO, NUBE Dakwa 44 Surat Kepada PMX Anwar Belum Berjawab

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pekerja Bank Berkumpul Depan PMO, NUBE Dakwa 44 Surat Kepada PMX Anwar Belum Berjawab
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekumpulan pekerja bank berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini bagi membawa suara serta tuntutan mereka selepas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa pelbagai usaha mendapatkan perhatian kerajaan sebelum ini masih belum menerima maklum balas.

NUBE Malaysia menerusi hantaran di media sosial berkata, pekerja terbabit hadir secara aman dan membawa bersama suara, hak serta harapan mereka terus ke pintu PMO.

“Hari ini, pekerja bank berdiri bahu-membahu membawa suara, hak dan harapan mereka terus ke pintu PMO. Kami datang dengan aman. Kami datang dengan tekad. Kami datang kerana suara pekerja mesti didengar,” katanya.

Perhimpunan itu menyusuli hantaran NUBE semalam yang mendakwa pimpinan kesatuan berkenaan telah pergi ke PMO pada minggu ini dan bertemu dengan pegawai di situ berhubung isu-isu yang dihadapi pekerja bank.

Menurut NUBE, dalam pertemuan tersebut pegawai PMO meminta mereka menyerahkan dokumen berkaitan serta 43 surat yang pernah dihantar sebelum ini.

Kesatuan itu mendakwa semua dokumen berkenaan diserahkan pada hari sama, namun sehingga malam tadi mereka masih belum menerima perkembangan lanjut.

NUBE turut mendakwa sebanyak 44 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala lebih 2,100 pekerja bank telah menulis secara langsung kepada beliau tetapi masih belum menerima jawapan.

Susulan itu, kesatuan tersebut mempersoalkan sama ada keadaan berkenaan sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) pentadbiran Perdana Menteri, selain mendakwa pekerja terus berdepan kesunyian meskipun telah menggunakan pelbagai saluran untuk menyuarakan isu mereka.

NUBE turut mempersoalkan Anwar yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan bertanya sama ada kerajaan tidak mampu atau tidak mahu bertindak terhadap isu yang dibangkitkan mereka.

“44 surat. Tiada jawapan. Lebih 2,100 pekerja menulis. Tiada jawapan. Minggu ini, pegawai PMO meminta dokumen. NUBE menyerahkannya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial NUBE Malaysia

Tags: 44 SuratBelum BerjawabberkumpuldakwaDepan PMOKepada PMX AnwarNUBEpekerja bank
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd