• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pan Borneo Sabah Fasa 1 Sepatutnya Siap Lima Tahun Lalu, Kos Meningkat Kepada RM18.394 Bilion

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pan Borneo Sabah Fasa 1 Sepatutnya Siap Lima Tahun Lalu, Kos Meningkat Kepada RM18.394 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 yang sepatutnya siap lima tahun lalu masih berdepan kelewatan serius, malah kos keseluruhannya meningkat daripada RM17.910 bilion kepada RM18.394 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, projek sepanjang 706 kilometer membabitkan 35 pakej kerja itu pada asalnya dijadualkan siap penghujung 2021 selepas tempoh pelaksanaan selama 69 bulan.

Bagaimanapun, katanya, hanya empat pakej kerja atau 11.4 peratus disiapkan, manakala baki 31 pakej bernilai RM16.319 bilion masih dalam pelaksanaan.

“Daripada jumlah itu, sembilan pakej kerja merupakan projek sakit, 13 pakej mengalami kelewatan dan hanya sembilan pakej mendahului jadual,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mas Ermieyati, tarikh penyiapan projek berkenaan kini dilanjutkan sehingga 2030 akibat kelemahan perancangan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai pengurusan wang awam.

Terdahulu, beliau berkata, PAC memandang serius pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026 yang dibahaskan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Katanya, laporan itu mendedahkan kelemahan ketara termasuk ketidakpatuhan peraturan kewangan, perbelanjaan berlebihan dan kelewatan melampau pelaksanaan projek.

“PAC melihat isu ini bukan sekadar kelewatan pembinaan fizikal biasa, sebaliknya melibatkan integriti tadbir urus dan akauntabiliti kerajaan dalam menguruskan wang rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu lebih membimbangkan apabila LPB Sarawak Fasa 1 sudah siap walaupun kedua-dua projek dimulakan pada tempoh hampir sama.

Tegasnya, kelewatan tersebut menyebabkan rakyat Sabah terus dinafikan akses kepada sistem perhubungan jalan raya yang lebih selamat.

Malah, kegagalan menyiapkan Fasa 1 turut memberi kesan berantai apabila pembinaan LPB Sabah Fasa 2 dan Fasa 3 tidak dapat dimulakan. – MYNEWSHUB

Tags: kos MeningkatLima Tahun LaluPan Borneo Sabah Fasa 1RM18.394 BilionSepatutnya Siap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Terkejut RM10.547 Bilion Dibelanja, Pan Borneo Sabah Fasa 1 Baru 11.4 Peratus Siap

PAC Terkejut RM10.547 Bilion Dibelanja, Pan Borneo Sabah Fasa 1 Baru 11.4 Peratus Siap

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terkejut apabila RM10.547 bilion atau 94.6 peratus daripada RM11.153 bilion peruntukan Projek...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd