• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Tegur PMX Anwar Silap Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Nik Abduh Tegur PMX Anwar Silap Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersilap mentafsir ungkapan ‘lighad’ ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2027.

Menurut beliau, ungkapan berkenaan dalam ayat al-Quran merujuk kepada hari akhirat dan menekankan kepentingan setiap individu bermuhasabah terhadap amalan masing-masing, bukan masa depan generasi akan datang.

“Dia salah baca ayat itu. Ayat itu dia tafsir secara salah. Saya tengok ucapan dia, saya ulang balik. Saya buka YouTube, saya tengok dia ucap. Selepas saya dengar dalam dewan saya baca teks,” katanya dalam satu rakaman video podcast.

Nik Abduh berkata, pihak yang memberikan nasihat agama kepada Perdana Menteri sepatutnya menekankan kepada Anwar bahawa ijmak ulama tafsir esok itu bererti hari akhirat.

“Masing-masing diri kena tengok apa yang dia buat untuk hari akhirat dia. Bukan untuk esok, bukan untuk tahun depan, bukan untuk dunia,” katanya.

Katanya, meskipun usaha menjaga kepentingan generasi akan datang merupakan perkara yang baik, ayat tersebut tidak sesuai dijadikan sandaran bagi maksud berkenaan.

“Dia kata kita kena bentang perbelanjaan, maksudnya kita mengurus negara ini, kita kena jaga untuk generasi yang akan datang. Itu salah bawaan ayat itu.

“Ayat ini ayat muhasabah. Bukan saya buat hari ini untuk anak saya. Ayat ini bukan untuk generasi, untuk diri sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh menjelaskan tegurannya bukan bermaksud Perdana Menteri melakukan dosa, sebaliknya penggunaan ayat tersebut dianggap tidak menepati konteks.

“Ada ayat lain yang sepatutnya digunakan oleh PMX. Bukan makna salah itu dosa. Bukan. Tapi dia tak kena ayatlah. Ayat itu untuk muhasabah diri, untuk hari akhirat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: anwarLighadNik AbduhPMXSilap TafsirtegurUcapan Belanjawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

13/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menghadiri syarahan ulama besar dari Turkiye, Syeikh Dr. Muhammad...

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin di semua peringkat mengambil iktibar daripada kisah para anbiya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd