KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh menghabiskan baki hukuman penjara bagi kes SRC International bersama keluarga di kediamannya di Langgak Duta di sini.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, perkara itu menerusi perintah tahanan rumah yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menurut beliau, Najib sudah pun menerima perintah berkenaan termasuk lampiran yang mengandungi syarat dan mekanisme pelaksanaannya
“Najib tidak boleh mendedahkan kandungan perintah itu kerana beliau sudah dimaklumkan oleh pihak penjara perkara itu tidak boleh didedahkan.
“Jika kandungannya didedahkan, orang ramai dan media akan mula membuat pelbagai spekulasi dan membincangkan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. – MYNEWSHUB


