• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meta Akui Kesilapan Teknikal Jejas Sebahagian Akaun WhatsApp

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Meta Akui Kesilapan Teknikal Jejas Sebahagian Akaun WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal dalam sistemnya sehingga menyebabkan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan, sekali gus mengakibatkan sebahagian akaun digantung.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, perkara itu dimaklumkan Meta susulan isu penggantungan akaun WhatsApp yang sebelum ini dikemukakan suruhanjaya berkenaan kepada syarikat teknologi tersebut.

Menurut MCMC, kesilapan teknikal itu dikenal pasti melibatkan lebih separuh daripada kes dalam kumpulan pertama yang dikemukakan kepada Meta.

“Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna yang sah disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan,” menurut kenyataan MCMC, hari ini.

Meta memaklumkan masalah teknikal berkenaan telah ditangani pada penghujung September lalu, manakala akaun sah yang terjejas dipulihkan secara proaktif termasuk sebahagian akaun yang belum mengemukakan rayuan.

Pada masa sama, Meta mengesahkan tiada perubahan dibuat terhadap dasar penguatkuasaan atau Terma Perkhidmatan WhatsApp.

Bagi kes lain, penggantungan akaun dipercayai berpunca daripada beberapa faktor termasuk penggunaan nombor telefon kitar semula yang pernah dikaitkan dengan akaun disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan sistem keselamatan WhatsApp.

Meta turut menjelaskan laporan pengguna hanyalah salah satu faktor yang dinilai dan bukan satu-satunya asas untuk menggantung sesebuah akaun.

Bagi akaun perniagaan pula, penghantaran mesej tanpa persetujuan atau dalam jumlah tinggi terutama kepada penerima yang bukan dalam senarai kenalan boleh dikesan sebagai aktiviti spam.

Pengguna perniagaan disaran mendapatkan persetujuan penerima sebelum menghantar mesej secara pukal.

MCMC dalam pada itu meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan akaun supaya pengguna menerima pengesahan, status semakan serta tindakan yang lebih jelas dan pantas.

Suruhanjaya itu akan terus memantau kes yang masih tertunggak dan memberi amaran tindakan kawal selia selanjutnya boleh dipertimbangkan sekiranya langkah diambil Meta didapati tidak memadai. – MYNEWSHUB

Tags: AkuiJejasKesilapan TeknikalMetaSebahagian Akaun WhatsApp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

PMX Anwar Akui Tadbir Negara Bukan Tugas Yang Mudah

PMX Anwar Akui Tadbir Negara Bukan Tugas Yang Mudah

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui mentadbir negara bukanlah suatu tugas yang mudah. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd