• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liew Chin Tong Tinjau Operasi UTC Pudu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Liew Chin Tong Tinjau Operasi UTC Pudu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengadakan lawatan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu bagi meninjau sendiri kecekapan dan keberkesanan operasi pusat berkenaan yang menempatkan 17 agensi kerajaan di bawah satu bumbung.

Menurut Chin Tong, bangunan berkenaan mempunyai sejarah tersendiri apabila Hentian Puduraya mula beroperasi pada 2 Oktober 1976 dan cukup sinonim sebagai lokasi turun naik bas bagi anak perantauan yang datang ke ibu negara untuk belajar, bekerja serta mencari rezeki.

Katanya, fungsi bangunan itu kemudian melalui perubahan apabila UTC Pudu mula beroperasi pada 22 September 2012.

“Walaupun operasi bas ekspres dihentikan pada November 2015 dan fungsi bangunan sudah berubah, matlamatnya hampir sama, iaitu menyediakan kemudahan kepada orang ramai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam lawatan tersebut, Chin Tong turut meninjau ruang MYFutureJobs yang menyediakan kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan serta perkhidmatan padanan kerjaya.

Beliau berpandangan kemudahan itu berpotensi memberi manfaat lebih luas sekiranya dapat dihubungkan secara lebih aktif dengan komuniti setempat.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan termasuk program padanan pekerjaan, sesi pendaftaran serta bimbingan kerjaya secara berkala bagi membantu lebih ramai pencari kerja.

Chin Tong turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali yang mengiringi lawatan berkenaan serta memberikan penerangan mengenai operasi dan perkembangan UTC Pudu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

Tags: Liew Chin TongoperasiTinjauUTC Pudu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong

Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong

26/09/2026
0

MELAKA - Malaysia memerlukan penyertaan aktif lebih ramai golongan muda sekiranya mahu melihat sebuah Malaysia baharu yang lebih baik untuk...

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 antaranya kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd