• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chean Chung: RM91 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat “H” Sepatutnya Disalurkan Ke Kumpulan Wang Disatukan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lee Chean Chung: RM91 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat “H” Sepatutnya Disalurkan Ke Kumpulan Wang Disatukan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil bidaan nombor plat kenderaan khas siri “H” berjumlah RM91 juta sepatutnya disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan mengikut undang-undang, sebelum dibelanjakan melalui proses peruntukan yang diluluskan Parlimen

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, hasil bidaan nombor pendaftaran merupakan wang kerajaan milik seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dijadikan modal politik menjelang pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau menuntut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kedudukan RM91 juta hasil bidaan nombor pendaftaran khas siri ‘H’ yang dikatakan digunakan bagi membiayai bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka.

“Di akaun manakah wang RM91 juta ini disimpan sekarang? Adakah wang tersebut telah disalurkan ke Perbendaharaan Negara?

“Bantuan yang diberikan kepada pemandu teksi Melaka ini menggunakan peruntukan yang mana, dan melalui proses kelulusan seperti apa?” soalnya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.

Chean Chung yang juga pemimpin BERSAMA turut mengecam pengumuman bantuan berkenaan oleh Anthony Loke ketika Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, tindakan seorang menteri mengumumkan pemberian wang di pentas politik ketika pilihan raya semakin hampir boleh menimbulkan persepsi rasuah pilihan raya.

Katanya, sekalipun pemberian tersebut mungkin tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, isu integriti pentadbiran dan persepsi penyalahgunaan kuasa tidak boleh diketepikan.

Justeru, beliau menuntut Anthony Loke mendedahkan keseluruhan aliran dana RM91 juta itu berserta dokumen kelulusan dan penggunaannya.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan perhatian terhadap isu berkenaan bagi memelihara integriti PRN Melaka. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Lee Chean Chung

Tags: bidaanDisalurkanhasilKumpulan Wang DisatukanLee Chean ChungNombor Plat “H”RM91 JutaSepatutnya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

25/10/2026
0

MELAKA - Kerajaan Madani memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah...

Terkejut Tengok Taksiran Cukai? Jangan Panik, Boleh Rayu Secara Online

Terkejut Tengok Taksiran Cukai? Jangan Panik, Boleh Rayu Secara Online

06/10/2026
0

BAYANGKAN buka sahaja notis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), tiba-tiba jumlah cukai yang tertera membuatkan anda terdiam. Angkanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd