• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Perkenalkan Rejim Pelesenan Platform E-Dagang

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Cadang Perkenalkan Rejim Pelesenan Platform E-Dagang
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan rejim pelesenan bagi pengendali platform e-dagang, termasuk platform luar negara yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang itu bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, pematuhan undang-undang serta keselamatan dan ketelusan transaksi dalam talian.

Menurutnya, cadangan kawal selia itu akan diperhalusi dengan mengambil kira bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan serta kesesuaian pelaksanaannya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penggubalan RUU e-Dagang, susulan persetujuan Jemaah Menteri pada 8 Julai lalu terhadap dasar perundangan baharu berkenaan.

Langkah itu juga menyusuli pengumuman Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2027 mengenai komitmen kerajaan memperkenalkan RUU berkenaan.

Armizan berkata, penggubalan RUU itu mempunyai empat fokus utama iaitu perlindungan pengguna daripada amalan perdagangan tidak saksama, penetapan tanggungjawab platform, penjual dan pengguna, mekanisme penyelesaian pertikaian yang pantas serta kos efektif, dan keselarasan dengan amalan perundangan antarabangsa.

Katanya, penguatkuasaan terhadap platform e-dagang rentas sempadan turut mahu diperkukuh, selain memastikan platform serta penjual luar negara memikul tanggungjawab sewajarnya.

RUU itu juga memberi penekanan kepada kepentingan peniaga tempatan supaya mereka mampu bersaing secara adil dalam pasaran digital. – MYNEWSHUB

Tags: cadange-dagangKerajaanPerkenalkanPlatformRejim Pelesenan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

14/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan memansuhkan lima skim perkhidmatan berkaitan sektor penerbangan susulan perubahan status Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuat...

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd