• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang Buat Keputusan Itu Bukan Mutlak, Dia Kena Ikut Juga Peraturan – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Undang Buat Keputusan Itu Bukan Mutlak, Dia Kena Ikut Juga Peraturan – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun kuasa menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar tertakluk kepada keputusan Undang Luak, keputusan berkenaan tidak bersifat mutlak dan perlu mengikut peraturan.

Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk SerI Anwar Ibrahim menyatakan perkara itu kepada pemberita ketika berada dalam kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou, China hari ini.

“Saya hormati Undang, sebahagiannya saya kenal baik. Tapi dia kena faham, kita tak campur. Tapi kita kena jaga negara. Keselamatan negara, institusi, itu tanggungjawab kita. Jangan dia kata tak boleh campur, bukan campur.

“Tak boleh Undang buat keputusan, tapi Undang buat keputusan itu bukan mutlak, dia kena ikut juga peraturan. Sekarang kita dengar dua-dua, ada dua pihak, satu Undang kata dia Undang, ada Undang kata tak.

“Kita ada Luak dan pandangan kata sebaliknya. Jadi saya kata, putuskan dulu. Kalau semua Undang sudah ikut proses yang betul dan Undang dilantik dia buat keputusan, itu luar daripada bidang kuasa saya,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyifatkan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan EXCO menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Perdana Menteri dipetik sebagai menegaskan, tiada mana-mana pihak dalam pentadbiran negeri mempunyai kuasa atau mandat untuk bertindak sedemikian.

“Menteri Besar dan EXCO yang membuat keputusan, ini langkah biadab, tidak ada tamadun dan saya bantah keras. Sejak bila mereka ada mandat nak pertikai kedudukan Raja?” katanya.

Sementara itu, Anwar menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak campur tangan dalam isu penurunan takhta Raja yang disifatkannya bukan perkara mudah.

Beliau turut menjelaskan keputusan untuk menghadap Tuanku Muhriz baru-baru ini dibuat kerana mahkamah memutuskan baginda adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Harian Metro/Anwar Ibrahim

Tags: Buat keputusanBukan MutlakKena IkutperaturanPMX AnwarUndang Luak
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menghantar pulang pelarian yang bersetuju secara sukarela dan telah menandatangani dokumen persetujuan untuk kembali ke...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd