JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menitahkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada anakanda baginda, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi hantaran di akaun media sosial rasmi baginda semalam sempena Hari Keputeraan Tunku Iskandar pada 14 Oktober 2026.
“Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor,” titah baginda menerusi hantaran berkenaan.
Sementara itu, kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut merafak sembah ucapan tahniah dan selamat ulang tahun keputeraan kepada Tunku Iskandar.
Menerusi hantaran di platform Johor Southern Tigers, seluruh warga JDT menzahirkan ingatan tulus sempena hari keputeraan baginda yang jatuh pada 14 Oktober 2026 bersamaan 3 Jamadilawal 1448 Hijrah.
“Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor sempena Hari Keputeraan Baginda.
“Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan,” menurut hantaran itu. – MYNEWSHUB


