KUALA LUMPUR – Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpul sebanyak RM9.25 juta setakat pukul 10 pagi hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha sedang dilakukan untuk menambah kutipan.
Beliau yang juga Pengerusi UMNO berkata, jumlah itu masih belum mencukupi untuk mencapai sasaran RM50 juta.
“Kita berharap rakan-rakan dapat membantu dalam masa terdekat bagi mencapai jumlah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti di sini hari ini.
Tabung Solidariti Najib Razak diwujudkan UMNO khusus bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ia susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dengan syaat perlu membayar denda RM50 juta.
“Jumlah berkenaan perlu diselesaikan sebelum pelaksanaan tahanan di rumah dapat dilaksanakan sepenuhnya,” kata Ahmad Zahid. – MYNEWSHUB

