• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

oleh Mynewshub
24/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar adalah tidak tepat kerana Negeri Sembilan mempunyai sistem pemerintahan beraja yang tersendiri berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Besar bukan dipilih oleh Menteri Besar atau kerajaan negeri, sebaliknya Undang-Undang Tubuh memperuntukkan peranan khusus kepada Undang Yang Empat dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Besar.

Justeru, katanya, kemelut membabitkan adat dan institusi beraja tidak seharusnya dipermudahkan sebagai pertikaian politik antara kerajaan negeri dengan Istana.

“Tidak benar untuk menggambarkan seolah-olah Menteri Besar atau EXCO Kerajaan Negeri mempunyai kuasa secara unilateral untuk menentukan siapa yang menaiki atau meninggalkan takhta. Kerajaan negeri tidak pernah mendakwa mempunyai kuasa sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail turut menegaskan kerajaan negeri tidak mahu mengambil alih tugas institusi adat dalam menentukan pertikaian berkaitan adat dan institusi raja, maka perkara itu perlu diselesaikan menurut Undang-Undang Tubuh, Adat Perpatih dan melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa masing-masing.

Beliau berkata, apa juga keputusan muktamad yang dibuat secara sah oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa menurut adat dan Undang-Undang Tubuh akan dihormati kerajaan negeri.

Dalam kenyataan sama, Ismail berkata kemelut institusi adat dan raja yang berlaku ketika ini bukan berpunca daripada pentadbiran semasa, sebaliknya masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Kata beliau, kegagalan Menteri Besar ketika itu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh termasuk keengganan menyempurnakan proses yang sepatutnya dilaksanakan menyebabkan kemelut berlarutan.

“Kerajaan hari ini menerima mandat rakyat dengan majoriti lebih dua pertiga. Mandat tersebut membawa bersama suatu amanah besar untuk memulihkan kestabilan pentadbiran, mempertahankan keluhuran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta memelihara kemuliaan institusi adat dan raja yang menjadi tunjang identiti Negeri Sembilan. – MYNEWSHUB

Tags: Adat PerpatihBerasaskanmenteri besarNegeri SembilanPemerintahan BerajasistemUndang-Undang Tubuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan kerajaan Negeri Sembilan, sebaliknya perlu menghormati hak negeri berkenaan. Menteri di...

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

Pemecatan EXCO Tidak Sah, Kekhilafan Dari Sudut Perundangan – MB Negeri Sembilan

21/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memaklumkan tidak ada keperluan untuk beliau mengemukakan senarai EXCO baharu kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd