• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Terharu Ketabahan Pelajar Palestin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Raja Permaisuri Agong Terharu Ketabahan Pelajar Palestin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa kagum dan terharu terhadap ketabahan rakyat Palestin dalam mendepani penderitaan serta ujian berat yang dihadapi mereka.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke program “UTM Chancellor’s Engagement with Palestinian Students” di Dewan Senat Ainuddin Wahid, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.

“Rakyat Palestin telah membuktikan kepada seluruh dunia erti keberanian dan ketabahan. Di sebalik segala cabaran, penderitaan serta kesusahan yang amat perit, mereka telah menzahirkan nilai keimanan yang sebenar.

“Saya berbesar hati dan berasa penuh tawaduk bertemu dengan anak-anak muda yang telah melalui kehilangan insan tersayang dan tempat tinggal, namun tetap menunjukkan keteguhan jiwa serta semangat yang tidak dapat dipatahkan.

“Semoga Allah SWT membalas ketabahan mereka dengan ganjaran keberkatan yang melimpah-ruah di dunia dan di akhirat,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO)

Menurut hantaran di laman media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, program bertemakan “From Gaza to Malaysia: Palestinian Voices of Resilience, Hope and Rebuilding” itu menjadi wadah dialog menghimpunkan komuniti Palestin di Malaysia termasuk golongan akademik dan pelajar.

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, manakala turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Sesi dialog itu menyaksikan panel berkongsi pengalaman mengenai ketabahan hidup, suka duka sepanjang menuntut ilmu di UTM serta aspirasi untuk menyumbang kepada usaha pemulihan dan pembangunan semula Gaza, khususnya dalam sektor pendidikan dan pembangunan insan.

Antara yang menyertai sesi perkongsian ialah Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Dr. Mohamad S. J. Darwish; pelajar PhD Seni Bina, Sabreen M. M. Eleyan; Saifeddin Mithqal Hasan Meqbil dari Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) UTM serta ahli Jawatankuasa Palestin di Malaysia, Ghada Alhaddad.

Dalam majlis sama, Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor kepada pelajar dan keluarga warga Palestin yang hadir bagi meringankan beban serta menzahirkan keprihatinan terhadap mereka. – MYNEWSHUB

Tags: Kagumketabahan rakyat PalestinRaja Permaisuri AgongRaja Zarith SofiahTerharu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

05/11/2026
0

KLUANG - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi bantuan kepada seorang pemuda yang...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd