• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Alami Anticipatory Anxiety Bimbang UMNO Bangkit?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PH Alami Anticipatory Anxiety Bimbang UMNO Bangkit?
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANG ada benarnya apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 diperhatikan dengan dekat oleh lawan politik.

Sebenarnya, PAU bukan baru hari ini jadi perhatian. Sejak dahulu, apa sahaja yang berlaku dalam perhimpunan tahunan parti Melayu terbesar itu sering diperhatikan.

Namun, perhatian tersebut menjadi lebih ketara selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Mengapa begitu? Salah satu kemungkinan adalah lawan politik khususnya Pakatan Harapan (PH) bimbang UMNO kembali bangkit.

Selepas tumbangnya kerajaan BN, UMNO melalui antara fasa paling sukar dalam sejarahnya. Kehilangan kuasa, pemimpin dan ahli meninggalkan parti serta berdepan pelbagai serangan politik.

Kini, apabila UMNO masih berdiri dan menunjukkan tanda-tanda mahu membina semula kekuatannya, setiap gerak-geri parti itu diperhatikan.

Dalam politik, parti yang pernah memerintah berdekad lamanya tidak mungkin dianggap sudah tidak relevan hanya kerana pernah mengalami kekalahan. Ini pernah dialami parti LDP di Jepun.

Justeru, perhatian berlebihan lawan politik terutama PH ke atas PAU 2026 mungkin kerana bimbang tentang apa yang mungkin berlaku kemudian terhadap UMNO.

Daripada sudut psikologi pula PH mungkin sedang mengalami ‘anticipatory anxiety’ akibat perbuatannya ke atas UMNO sebelum ini.

Dalam erti kata lain, pihak yang sedar telah menganiaya pihak lain sentiasa dalam kebimbangan tentang apa yang mungkin berlaku kemudian.

Takut mangsa akan bangkit, mendedahkan perbuatannya, mendapatkan sokongan orang lain, mengambil tindakan undang-undang atau memperoleh kedudukan yang membolehkannya mempertahankan diri.

Perasaan itu biasanya lebih kuat apabila pelaku tahu tindakannya salah dan menyedari mangsa sebenarnya mempunyai kemampuan untuk melawan.

Akibatnya, dia mungkin menjadi terlalu berjaga-jaga, defensif atau cuba memastikan mangsa terus berada dalam keadaan lemah.

Ada juga fenomena yang menarik. Kadangkala pelaku mula menganggap mangsa sebagai ancaman walaupun mangsa belum melakukan apa-apa.

Rasa bersalah, takut akibat perbuatannya sendiri atau kecenderungan projection boleh menyebabkan dia berfikir akan menerima balasan atas perbuatannya.

Sebab itu, dalam sesetengah keadaan, pihak yang pernah menzalimi menjadi lebih gelisah apabila melihat mangsanya semakin kuat, berjaya, mempunyai pengaruh atau tidak lagi bergantung kepadanya.

Barangkali keadaan itu yang sedang dialami oleh musuh politik yang pernah menjahati UMNO khususnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB

Tags: Alami Anticipatory AnxietyBimbangPHUMNO Bangkit
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd