• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

oleh Mynewshub
25/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak dapat menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Azrul, PAS masih boleh menjalankan aktiviti politik atas kapasiti parti itu sendiri meskipun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September lalu.

“Kurang sebulan kita akan membuang undi di PRN Melaka dan sudah tentu PN-PAS tidak boleh gunakan logo PN.

“Tiada masalah. Lambang BN kan ada? Saya yakin penggunaan logo BN oleh parti-parti PN amat dialu-alukan oleh kepimpinan BN. Barulah nampak sehati sejiwa gelombang biru,” katanya menerusi satu hantaran.

Azrul turut mengimbau sejarah PAS sebagai antara parti yang terlibat dalam penubuhan BN dan berpandangan parti itu boleh memohon menyertai semula gabungan tersebut sekiranya PN akhirnya dibatalkan pendaftarannya.

Menurutnya, sekiranya PAS dan UMNO berada dalam gabungan sama, isu mengenai kedudukan atau dominasi mana-mana parti tidak lagi timbul, malah beliau membayangkan hubungan kedua-duanya boleh menjadi semakin rapat pada masa hadapan.

“Malah, jika kerjasama begitu erat, dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, UMNO dan PAS gabung jadi satu parti sahaja. Di dalam kesulitan pasti ada jalan keluar,” katanya.

Dalam hantaran sama, Azrul turut melontarkan kritikan terhadap Kerajaan Madani serta seorang Exco UMNO di Pulau Pinang berhubung hubungan politik dengan DAP. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hasan

Tags: BNDisaranGunalambangPASPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mendedahkan beliau dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sempat berseloroh...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd