• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Razak Tersentuh Limpahan Sokongan, Ucap Jutaan Terima Kasih

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Najib Razak Tersentuh Limpahan Sokongan, Ucap Jutaan Terima Kasih
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat tersentuh dengan limpahan sokongan dan doa yang diterimanya susulan keputusan membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Luahan perasaan Najib itu dinyatakan menerusi kenyataan Tetuan Shafee & Co., Peguambela dan Peguamcara yang mewakili bekas Perdana Menteri berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Najib terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa prerogatif pengampunan diraja terhadap beliau.

Pihak peguam berkata, Najib menerima keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan rumah dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan atas pertimbangan yang diberikan terhadap permohonannya.

Namun, di sebalik perkembangan itu, perkara yang paling menyentuh hati Najib adalah sokongan yang terus mengalir daripada pelbagai pihak sejak pengumuman berkenaan dibuat.

Menurut Tetuan Shafee & Co., Najib merakamkan penghargaan khusus kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penghargaan sama turut ditujukan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO serta seluruh kepimpinan dan ahli UMNO dan BN di semua peringkat yang disifatkan sentiasa berdiri teguh bersamanya.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada insan-insan terdekat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan dan mendoakannya.

“Anak guam kami sesungguhnya dan seikhlas hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat handai serta semua yang sentiasa mendoakan beliau,” menurut kenyataan itu.

Dalam suasana penuh kesyukuran itu, Najib turut mempunyai satu permintaan iaitu agar ruang dan privasi keluarganya turut dihormati. – MYNEWSHUB

Tags: Jutaan Terima KasihLimpahan Sokongannajib razakTersentuhUcap
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

Facebook Najib Razak Muat Naik Gambar Dengan Kapsyen ‘Alhamdulillah

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik sekeping gambar beliau diiringi...

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat  – Isham Jalil

Mahkamah Boleh Keluarkan Perintah Baharu Hari Ini, Tidak Perlu Bicara Hanya Pinda Ayat – Isham Jalil

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang kini bersama PAS, Isham Jalil berpandangan mahkamah yang sama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd