• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong

oleh Mynewshub
26/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Baharu Yang Lebih Baik Buat Semua – Liew Chin Tong
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Malaysia memerlukan penyertaan aktif lebih ramai golongan muda sekiranya mahu melihat sebuah Malaysia baharu yang lebih baik untuk semua, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Beliau yang juga Pengarah Strategik DAP berkata, golongan muda perlu menerima hakikat bahawa reformasi politik bukan sesuatu yang mudah untuk dijayakan dalam tempoh singkat.

“Jika kita mahu melihat Malaysia baharu yang lebih baik untuk semua, negara memerlukan penyertaan aktif lebih ramai golongan muda,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, beliau memaklumkan mengadakan dialog bersama sekumpulan anak muda yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti di Melaka dengan perbincangan antara lain menyentuh Belanjawan 2027 serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan.

Menurut Chin Tong, meskipun usia median rakyat Malaysia adalah 31 tahun dan lebih muda berbanding banyak negara lain, generasi muda masih berdepan masalah gaji rendah.

Katanya, Malaysia tidak boleh terus bersaing dengan negara lain semata-mata untuk mengurangkan kos pengeluaran sehingga menyebabkan kenaikan gaji pekerja tersekat.

Sebaliknya, beliau mahu negara bergerak ke arah konsep “Made by Malaysia” dengan keseluruhan ekosistem menyokong usahawan tempatan untuk melakukan transformasi, melonjak dalam rantaian nilai serta meningkatkan gaji pekerja Malaysia.

Chin Tong berkata, perbincangan turut menyentuh penggunaan ‘Buy Now, Pay Later’ (BNPL) untuk membeli barangan keperluan harian yang menurutnya mencerminkan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, beliau berkata, ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dalam suasana persaingan Amerika Syarikat-China, penstrukturan semula rantaian bekalan global serta krisis tenaga dunia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan angka pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak mencukupi sekiranya hasil daripada perkembangan tersebut tidak dapat dinikmati secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

Tags: Buat SemuaLiew Chin TongMalaysia baharuYang Lebih Baik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 antaranya kerana...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd