• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhubung perbelanjaan kementerian itu yang didakwa melebihi peruntukan diluluskan.

Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan perlu diambil bagi mengelakkan kementerian lain mengulangi perkara sama yang menurutnya boleh memudaratkan kedudukan kewangan negara.

“Perbuatan sedemikian oleh Ahmad Zahid adalah tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur dan tatacara kewangan sedia ada, yang boleh mengundang penguatkuasaan undang-undang berkaitan.

“Apa yang dilakukan oleh Ahmad Zahid secara langsung menggugat keselamatan kewangan dan kestabilan ekonomi.

“Tolong bayangkan betapa serius dan mudaratnya keadaan kewangan negara sekiranya semua kementerian kerajaan bertindak sedemikian rupa dengan membelanjakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira sama ada negara mampu atau tidak,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Guan Eng turut membangkitkan isu surat sokongan oleh kementerian selain Kementerian Kewangan yang menurutnya telah diharamkan kerana boleh dianggap sebagai suatu bentuk jaminan kerajaan secara tersembunyi.

Menurut beliau, berdasarkan peraturan kewangan negara, hanya Kementerian Kewangan dibenarkan mengeluarkan surat sokongan atau jaminan kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan identiti kontraktor yang menerima kontrak KKDW sehingga menyebabkan perbelanjaan kementerian itu melebihi peruntukan diluluskan.

“Ia juga menimbulkan persoalan siapakah kontraktor-kontraktor yang menerima manfaat kontrak dalam KKDW yang menyebabkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan.

“Adakah kontraktor-kontraktor tersebut dipilih mengikut peraturan atau kaedah pemberian kontrak dijalankan secara telus, terbuka dan akauntabel?” soalnya.

Beliau berkata, jumlah RM2.1 bilion bukan kecil dan mendakwa keadaan sedemikian tidak menjadi masalah pada tahun-tahun sebelum 2023.

Justeru, Guan Eng berkata, Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri perlu memberikan penjelasan penuh berhubung perkara berkenaan kepada rakyat.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri patut menunjukkan contoh seorang pemimpin yang berjimat cermat dan berhemah dan bukan sebaliknya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

9

Tags: DAPDikenakan Tindakangesakewangan negaraMemudaratkanZahid
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

“Dont Worry. All Is Well. Kita Geng Biru” – Zahid

“Dont Worry. All Is Well. Kita Geng Biru” – Zahid

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan hantaran ringkas di media sosial...

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd