KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Menerusi hantaran di media sosial, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Tun Dr. Siti Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Pemergian Allahyarhamah pada usia 100 tahun disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir. – MYNEWSHUB


