KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Baginda menzahirkan titah ucapan tersebut sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 14 Ogos 2026, bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.
“Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H,” titah baginda menerusi hantaran di media sosial.
Titah ucapan berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang mengambil kesempatan menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Raja Zarith Sofiah.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk doa agar Baginda dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
“Selamat hari lahir Tuanku, semoga diberkati umur, diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindungan Allah”
“Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Zarith Sofiah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera, sukses di dunia dan di akhirat. Insya-Allah. Amin,” tulis netizen. – MYNEWSHUB


