• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas kalah.

Menurut beliau, kemampuan PKR untuk bangkit semula itu yang membuat parti berkenaan sentiasa berbeza berbanding parti politik lain.

“Kita ialah parti yang tahu bagaimana untuk bangkit selepas kalah dan itu yang membuat kita sentiasa berbeza. Saya kira semangat inilah yang perlu terus hidup.

“Saya tahu kita sedih. Saya tahu kita kecewa. Tetapi jangan biarkan luka itu menghilangkan keyakinan kita terhadap perjuangan ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Fuziah mengingatkan bahawa PKR hari ini masih mempunyai organisasi, wakil rakyat, anggota di seluruh negara dan pengalaman mentadbir.

“Jadi mengapa kita mahu menganggap bahawa perjalanan kita sudah selesai? Sudah tentunya tidak, perjuangan kita belum selesai.

“Kita tidak boleh membiarkan kekalahan menentukan siapa kita, jauh sekali membiarkan luka itu menentukan masa depan kita.

“Kita mesti mempunyai keberanian untuk berkata kita akan bangkit, kita akan memperbaiki diri dan kita akan meneruskan perjalanan ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fuziah Salleh

Tags: BagaimanabangkitDatuk Dr. Fuziah SallehPKRSelepas KalahSetiausaha Agung Parti Keadilan RakyatTahu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd