• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kita Tidak Akan Membiarkan Sesiapa Terlepas Kerana Sakau – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kita Tidak Akan Membiarkan Sesiapa Terlepas Kerana Sakau – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan memastikan tiada pihak yang terlibat dengan ‘sakau’ boleh terlepas daripada tindakan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, individu yang menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat tidak akan dilindungi.

Dakwa beliau, kerajaan masih berdepan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dalam beberapa institusi termasuk Tabung Haji dan FELDA.

“Pada masa sama, kita masih bergelut dengan saki-baki kebobrokan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dalam institusi seperti Tabung Haji dan FELDA.

“Saya tegaskan bahawa kita tidak akan melindungi atau membiarkan sesiapa terlepas, kerana perbuatan sakau segelintir manusia ini menyebabkan kita semua, sama ada Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta yang lain terpaksa menanggung akibatnya,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar berkata, tindakan kerajaan dalam menangani isu berkenaan mungkin mengundang pelbagai tuduhan daripada pihak tertentu.

“Kalau kita tidak bertindak, kita dituduh lemah dan mengkhianati Reformasi. Kalau bertindak pula, kita dituduh berdendam. Katakanlah apa sahaja.

“Saya tegaskan bahawa sesiapa yang menyeleweng dan mengkhianati amanah rakyat mesti berhadapan dengan hukum serta keadilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: Akan TerlepasDatuk Seri Anwar IbrahimDilindungiPerdana MenteriSakauTiada Sesiapatindakan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd