KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, usaha untuk menggagalkan penyatuan ummah sedang berlaku.
Menurut beliau, pihak yang cuba menggagalkan kerana amat takut dengan penyatuan tersebut.
“Semoga penyatuan ummah ini akan berterusan. Usaha untuk menggagalkan penyatuan ummah ini memang sedang berlaku dan akan berlaku.
“Kerana memang mereka amat takut dengan penyatuan ini. Kita pelihara dan teruskan demi kebaikan ummah Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan poster tular berkenaan kenyataan Presiden PAS adalah palsu.
Menurutnya, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak membuat kenyataan PN lebih kuat di Melaka maka kerjasama BN-PN di Melaka mungkin berbeza.
“Sebaran akan membawa salah faham terhadap ucapan beliau di malam pengumuman keputusan PRN N9 empat hari lepas. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa,” katanya. – MYNEWSHUB


