Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR _ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan ahli parti supaya tidak bersikap sombong atau mendabik dada susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Menurutnya, kejayaan itu wajar diraikan, namun UMNO masih mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan demi rakyat.
Beliau turut menyeru ahli parti supaya terus melakukan perubahan, mendengar suara akar umbi serta membawa masalah rakyat kepada kepimpinan tertinggi.
“UMNO ini milik kita semua. Kita teruskan untuk berubah menjadi lebih baik,” kata Akmal melalui siaran di media sosialnya. -MYNEWSHUB



