• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istilah ‘Kafir Harbi’ Berbahaya Dicanang Dalam Wacana Politik – Sheikh Umar

oleh Mynewshub
26/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang juta Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menegaskan istilah ‘kafir harbi’ berbahaya apabila dicanang dalam wacana politik tanpa penjelasan yang bertanggungjawab.

Kata beliau, implikasinya boleh jadi amat serius jika ada pengikut politik yang kurang faham disiplin ilmu dan mengambil istilah ‘kafir harbi’ secara literal lalu menganggap seseorang yang dilabel ‘kafir harbi’ telah hilang perlindungan serta kehormatan nyawa.

“Misalnya istilah ‘kafir harbi’ yang digunakan Hadi (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang) Dalam perbahasan fiqh klasik, istilah tersebut mempunyai konteks hukum dan sejarahnya tersendiri. Ia tak boleh dipindahkan semudahnya ke dalam konteks masyarakat Malaysia yang hidup sebagai warganegara berperlembagaan.

“Dalam sebahagian perbahasan fiqh klasik, status ‘harbi’ memang berkait dengan persoalan hubungan permusuhan dan hukum peperangan. Termasuk persoalan mengenai perlindungan nyawa. Sebab itu istilah tersebut tak boleh main ‘copy paste’ sewenangnya untuk politik kita di sini.

“Kita tak boleh tunggu sampai sudah berlaku insiden tak diingini, baru hendak menyesal. Dah terhantuk baru nak terngadah. Pencegahan mesti bermula dengan menolak normalisasi bahasa yang boleh mencipta permusuhan, mengkafirkan kelompok lain dan yang sama ekstrem dengannya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.

Sheikh Umar memberi contoh fenomena ‘kafir-mengkafir’ 1980an yang beliau dakwa bermula dari ‘minda’ Hadi di Banggol Peradong, Terengganu lalu disebar luas oleh pengikut serta penyokong mengakibatkan berlaku perpecahan serius dalam masyarakat.

Justeru, beliau meminta Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim tidak mempertahankan kenyataan Presiden PAS berhubung ‘kafir harbi’ dan melihat kesan berantai yang beliau dakwa berpotensi berlaku ke atas pengikutnya dan rakyat.

“Pemimpin harus ada ‘accountability’ terhadap setiap percakapan dan tindakan. Kita tak boleh menunggu tragedi berlaku, baru hendak mengaku bahawa sesuatu bahasa politik itu sudah terlalu jauh.

“Saya bersyukur Zaid Ibrahim masuk PAS. Beliau harus main peranan, imbangi pembawaan PAS. Zaid boleh ubah dari dalam,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali

 

Tags: berbahayaIstilahkafir harbiNaib Pengerusi DAP JohorSheikh Umar Bagharib Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan buku berkenaan hukum hakam penyelewengan dan khianat....

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd