• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hospital Dah Buka, Tetapi Tidak Boleh Terima Pesakit” – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
04/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Hospital Dah Buka, Tetapi Tidak Boleh Terima Pesakit” – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa kesal kerana Hospital Pasir Gudang (HPG) yang telah setahun siap masih tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh.

Menurut beliau, keadaan itu disebabkan hospital itu berdepan masalah kekurangan kakitangan yang masih belum diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

“Hospital ini telah buka sejak tahun lepas, namun disebabkan kekangan tak cukup staf maka wad-wad yang sudah siap setahun tidak boleh dibuka kepada orang ramai.

“Jadi saya nak memohon, saya nak menyeru kepada KKM untuk menyelesaikan isu (kekurangan) staffing nurse, MA dan juga pakar yang tidak mencukupi bukan sahaja di HPG, tetapi di Johor secara keseluruhan.

“Kita di Johor sangat-sangat terdesak dan memerlukan bantuan KKM untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial.

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, beliau menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail agar sektor kesihatan di negeri ini terus diperkukuh demi kesejahteraan Bangsa Johor.

Justeru, katanya, beliau telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan meninjau perkembangan pengoperasian HPG serta mendengar taklimat mengenai status semasa hospital dan cabaran dihadapi.

Menurutnya, HPG dilengkapi kemudahan moden, kapasiti yang besar serta pelbagai bidang kepakaran, namun masih belum dapat beroperasi pada kapasiti penuh kerana berdepan isu pengisian tenaga kerja.

Kata beliau, daripada keseluruhan 2,271 jawatan diperuntukkan, hanya 1,079 telah diisi, manakala 1,192 jawatan masih kosong melibatkan pakar perubatan, jururawat serta petugas kesihatan lain.

“Inilah cabaran sebenar yang perlu diberikan perhatian segera. Dengan kepakaran termasuk Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, Radiologi, Patologi, Ortopedik, Otorinolaringologi serta Oftalmologi, HPG mempunyai potensi besar untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Johor serta mengurangkan beban hospital-hospital sedia ada,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon perhatian dan pertimbangan segera KKM agar proses pengisian jawatan di HPG dipercepatkan kerana hospital itu amat diperlukan bagi menampung keperluan kesihatan penduduk Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya yang semakin berkembang.

“Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan KKM bagi memastikan segala keperluan HPG dapat dipenuhi, agar hospital ini dapat beroperasi sepenuhnya seperti yang dirancang dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada Bangsa Johor.

“Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha ini membuahkan manfaat yang besar buat seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor. Kepada Allah Kita Berserah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziHospital Pasir GudangHPGKekurangan KakitanganKementerian KesihatanKKMmenteri Besar JohorWad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

24/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd